Ada Luka & Lebam Disebalik Topeng, Tapi Doktor Masih Tersenyum Lawan Covid-19

Bukan sahaja tidak mempunyai masa untuk makan malah ‘frontliner’ setiap negara juga terpaksa menanggung kesakitan luka di bahagian wajah akibat memakai topeng muka yang terlalu lama.
Walaupun terasa perit, namun seorang lelaki yang berkhidmat sebagai doktor kecemasan di Harvard tetap tidak berputus asa untuk berjuang merawat pesakit Covid-19.
Menerusi laman Twitter, Dr Chris Bennett memuat naik sekeping gambar beliau yang sedang tersenyum manakala kelihatan bahagian hidungnya ditampal ‘plaster’.
“Masks leave marks, but there is always a reason to smile,” tulisnya.
Menerusi posting berbeza, Dr Bennett yang sedang bertugas memakai pakaian perlindungan diri (PPE) berkongsi mengenai ulangtahun kelahirannya pada 9 April lalu sehingga menerima pelbagai komen warganet.
I may be tired and my face may be bruised, but beneath my I’m smiling. Today is my birthday!
View image on Twitter
6,129 people are talking about this
“Saya mungkin letih dan wajah saya mungkin lebam, tetapi disebalik PPE saya tersenyum. Hari ini adalah hari jadi saya!,” katanya.
Memang kuat cabaran yang dihadapai oleh mereka. Semoga virus jahat itu lenyap dengan segera dan semuanya kembali pulih seperti biasa!


Sumber : Chris Bennett