Arab Saudi Minta Umat Islam Seluruh Dunia Tangguh Persiapan Haji Tahun Ini
Sepanjang tempoh ‘lockdown’ dilaksanakan, rakyat dan juga orang luar dilarang masuk dan keluar dari negara masing-masing untuk mencegah penularan wabak koronavirus.
Semua penerbangan terpaksa dibatalkan selain pelbagai program yang dirancang sekian lama juga ditundakan termasuk menunaikan umrah dan haji.
Terbaru, Saudi Arabia meminta umat Islam menunggu sehingga mendapat penjelasan terperinci mengenai pandemik Covid-19 sebelum merancang bagi menunaikan haji.
Kebiasaannya, seramai 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia berkumpul di tempat suci Islam di Mekah serta Madinah yang berlangsung selama beberapa minggu.
Kedatangan jemaah dari seluruh dunia merupakan pendapatan bagi negara tersebut. Malah perhimpunan tahunan terbesar umat Islam itu dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai ini.
Namun disebabkan wabak tersebut, ia telah menimbulkan persoalan semua pihak sama ada perlu atau tidak untuk meneruskan perhimpunan dengan risiko yang mampu menyebarkan virus dalam perhimpunan terbesar.
Negara itu dilaporkan sudah mencecah sebanyak 1,563 kes jangkitan dan telah menyebabkan 10 kematian dimana 800,000 orang dijangkiti dan lebih 38,000 kematian di seluruh dunia.
Umrah dan haji merupakan perniagaan besar di Arab Saudi dan sumber dalam rancangan meningkatkan bilangan pelancong dibawah agenda Putera Mahkota, Mohammed Salman.
Sumber: The Star