Ayah Pesan Jangan Tinggal Zikir, Sikap Tenang Anak Imam Positif Covid-19 Ini Dikagumi
Jumlah jangkitan wabak Covid-19 masih belum lagi menunjukkan tanda-tanda penurunan. Saban hari, akan ada sahaja mangsa baru yang disahkan positif.
Terbaru, seorang anak kepada imam 1 Surau Nurul Iman Kampung Lombong iaitu adik Muhammad Ilyas Bin Hj Azmi yg tinggal di Jln Lombong Besi 2, antara yang menjadi mangsa terbaru Covid-19.
Tenang & sabar hadapi dugaan
Bagaimana pun, apa yang membuatkna ramai kagum adik Ilyas ini adalah sikap tenangnya saat mendapat tahu dirinya positif Covid-19.
Ketika pihak ambulans dalam perjalanan mahu mengambilnya tidak menunjukkan rasa gusar, walaupun dia terpaksa berpisah dengan keluarganya buat sementara waktu.
Ayah pesan jangan tinggal zikir
Malah, sebelum adik Ilyas berangkat ke hospital, terdapa video memaparkan ayahnya sempat menyampaikan pesan agar dia sentiasa berdoa, berzikir dan membaca Al-Quran.
Melihatkan betapa matang dan tabahnya adik ini, rata-rata netizen bangga dengan sikap yang diamalkan dan berdoa agar adik ini segera sembuh.
Bagus didikan ayah dan ibunya, mungkin sudah dari kecil diajar untuk tenang dan sabar. Semoga sifat adik ini boleh dijadikan teladan untuk kita semua.
Sumber : Surau Nurul Iman