Hati dijentik dengan dugaan Allah, Sharifah Shahirah ambil keputusan bertudung
Baru-baru ini kita lihat pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah sering kali mengenakan tudung, tidak kiralah sama ada di kaca TV atau di Instagramnya membuatkan ramai yang bertanya-tanya mengenai imejnya itu.
Bercakap kepada pemberita, penyampai radio popular Suria FM itu telah mengesahkan bahawa dia kini sudah mula bertudung penuh sejak hari pertama PKP dilaksanakan.
Ditanya mengenai apakah yang membuatkan dia tergerak hati untuk berhijrah adalah disebabkan menyedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT.
“DITAMBAH PULA APABILA PKP DILAKSANAKAN. PADA MULANYA SAYA BERNAZAR, JIKA WABAK INI ADA PENAWAR SAYA NAK PAKAI TUDUNG. TERLALU BANYAK DUGAAN ALLAH BERIKAN SEKARANG…”
“TAPI, SAYA FIKIR SEMULA KALAU TAK ADA PENAWAR, TAKKAN SAYA TAK PAKAI TUDUNG. JADI, SAYA BULATKAN HATI DAN BERNIAT UNTUK TERUS PAKAI…”
Terdahulu, memang selalu juga kita lihat Shiera sering kali bertudung dan adakalanya tidak, menurutnya ketika itu dia hanyalah sekadar mencuba dan suka-suka.
“LAGIPUN, SEBELUM PKP SAYA MEMANG PAKAI ‘ON-OFF’ DAN SUKA-SUKA SAJA. SEKARANG, SAYA SUDAH PAKAI DENGAN BETUL. TAPI, SAYA TIDAK BOLEH TERUS MENJADI SEMPURNA. SAYA MASIH DALAM PROSES BELAJAR DAN MEMPERBAIKI DIRI…”
Jelas Shiera, perubahan imej barunya itu mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, sehingga ada dalam kalangan sahabat menghadiahkan tudung kepadanya.
Semoga Shiera kekal istiqamah dan diharapkan perubahan ini akan menjadi inspirasi kepada wanita-wanita lain yang juga ingin berhijrah.
Sumber : Harian Metro & Shiera Ijoy