Penghantar Barang Cari Rezeki Dengan Sebelah Tangan

Bergelar orang kurang upaya (OKU) bukan menjadi penghalang buat seorang pemuda dikenali sebagai Hafiz Abdullah yang melakukan pelbagai servis penghantaran di sekitar Pahang.
Walaupun kudung tangan kiri, pemuda berusia 29 tahun itu telah mempunyai pengalaman selama enam tahun dalam mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.
Dikenali sebagai ‘runner’ yang jujur dan tidak berkira, Hafiz berkata dia akan cuba sebaik mungkin dalam menajalankan amanah masyarakat ketika melakukan servis berkenaan.
“Insyaallah saya cuba sebaik mungkin. Jangan risau walaupun OKU, saya mampu melakukan tugas seperti orang normal. Kami bukan barisan pertama atau kedua, tapi kami ada untuk anda semua,” katanya.

Posting yang dikongsi di group Facebook Sukarelawan Covid-19 Malaysia itu mengundang perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan semangat Hafiz serta mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki.
Selain servis menghantar barangan runcit, Hafiz juga membuat perkhidmatan bayar bil elektrik dan air selain kerja-kerja membuat kejutan hari jadi penerima.


Sumber : Facebook , Youtube