Walaupun Bukan Muslim, Guru Cina Sukarela Cuci Telekung Kotor Dari Surau2

Berbeza ajaran dan pegangan agama tidak menghalang seorang guru berbangsa Cina bagi melakukan amal kebajikan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Walaupun sibuk dengan tugasan harian di sekolah, Cheah Li Na kadang kala meluangkan masa selepas sesi persekolahan bagi melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan dan menjayakan pelbagai program bantuan di sekitar Perak.

Cikgu Cheah tidak keseorangan, sebaliknya bergabung tenaga bersama tenaga pengajar lain dan juga para pelajar di sekolahnya untuk melaksanakan program mencuci telekung di surau awam sejak beberapa tahun dulu.


Selepas dicuci, telekung bersih dalam kuantiti belasan helai tersebut akan diseterika dan dilipat sebelum dihantar semula ke surau untuk kegunaan orang awam.


Tindakan murni cikgu Cheah memberi semangat kepada sukarelawan lain untuk menjayakan lebih lagi aktiviti kemanusiaan selain berbuat baik serta membantu golongan yang memerlukan.


Kisah cikgu Cheah dikongsi seorang pengguna Facebook, Raja Shamri yang boleh menjadi inspirasi buat kita semua dalam melakukan kebaikan tanpa mengambil kira agama dan bangsa.

Sumber : Raja Shamri