Terkadas Di Rumah Anak, Isteri Jalan Kaki Balik Singapura Mahu Urus Suami Sakit
Dua tiga hari lalu, tular mengenai seorang wanita berjalan dari Johor Baharu ke Singapura untuk pulang ke rumahnya. Dikhabarkan, makcik berkenaan sudah terkadas di rumah anaknya selama dua minggu dan mahu balik ke rumah kerana mahu menguruskan suaminya yang sakit.
Sudah tentunya, kecekalan hati seorang isteri yang sanggup berjalan kaki sejauh 2 kilometer ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Kastam Johor Bahru memasuki negara jiran, Singapura meraih perhatian netizen terutamanya di media sosial.
Anak lelaki tampil buat kenyataan
Sudah tentunya, ramai yang mempertikaikan tanggungjawab anak lelaki berkenaan kerana membiarkan ibunya berjalan pulang ke Singapura. Oleh itu, anak lelaki makcik berkenaan Herman Sudil, tampil membuat penjelasan menerusi laman Facebook peribadi miliknya.
Mak datang bantu jaga isteri…
Mak risau dengan keadaan bapa tiri
Video call setiap minit, nak tahu keadaan mak…
Anggota polis tolong dapatkan wheelchair…
“Ramai yang balik dari Malaysia jalan kaki…”
“Jadikanlah ujian ini untuk kita lebih bertaqwa…”
Sejak kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu, rakyat Malaysia tidak dibenarkan memasuki republik tersebut melainkan warganegara Singapura yang mahu pulang ke negara tersebut.
Sumber: Herman Sudil.