Buta Tak Halang Tukang Urut Tua Baca Al-Quran Ketika Tunggu Pelanggan

Tidak semua manusia bernasib baik diberikan kesihatan dan juga kesempurnaan dalam hidup. Ada yang diuji dengan kekurangan deria mata sehingga membataskan penglihatan.
Namun begitu, kekurangan yang dihadapi bukan penghalang untuk beribadat dan juga beramal kepada Allah S.W.T. Hal ini telah dikongsikan oleh seorang ustaz menerusi Instagram miliknya yang memaparkan pakcik tua sedang mengaji menggunakan al-Quran Braille.

Baca al-Quran tunggu pelanggan

Walaupun fizikalnya buta, pakcik tua yang bekerja sebagai tukang urut itu masih cekal membaca al-Quran Braille. Menurut posting tersebut, pakcik tua yang dikenali sebagai Majid akan membuka al-Quran Braille dan membacanya ketika menunggu pelanggan sejak 10 tahun lepas.

Sering kongsi nasihat

Ustaz Nabil Ahmad juga sempat menceritakan serba sedikit mengenai kepakaran Pak Majid yang dapat mengenalpasti tahap kesihatan individu yang diurutnya. Dia juga tidak lokek berkongsi nasihat serta petua-petua untuk menangani penyakit kepada para pelanggan yang menggunakan khidmat Pak majid.